Thursday, July 9, 2009

AIR PENAWAR

AIR PENAWAR
(Selawat 149, Selawat Sheikh Ahmad Badawi, Ayat 33 dan lain-lain)
InsyaAllah fadhilatnya :
1) Dapat menyembuhkan tiap-tiap penyakit
2) Memudahkan hafalan
3) Meningkatkan kerohanian & jasmani
4) Memusnahkan sihir dari golongan jin, iblis & syaitan.
**dibacakan keatas air gau
Cara menggunakannya:
1) Menyembuhkan tiap-tiap penyakit
Hendaklah diminum beberapa kali dan beberapa hari
Boleh dibuat mandi
Boleh dicampurkan dalam air minuman dan dimasak dengan nasi
2) Memudahkan hafalan & meningkatkan kerohanian & jasmani
Hendaklah diminum sebelum tidur dan setelah bangun dari tidur
3) Memusnahkan sihir dari golongan jin, iblis & syaitan
Hendaklah dibancuh dengan sedikit garam dan dipercikkan air tersebut pada tempat yang dikehendaki
4) Melariskan perniagaan
Hendaklah dicampurkan dengan air florida dan direnjiskan pada kedai atau tempat perniagaan
*** Peringatan sebelum minum:
1) Baca Al-fatihah sebanyak 1 kali (niat sedekah pahala Al-Fatihah kepada Rasulullah S.A.W)
2) Selawat sebanyak 1 @ 3 @ 7 kali
3) Baca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali
4) Baca ayat Kursi sebanyak 1 @ 3 @ 7 kali dan berniat :
(Ya Allah, aku pohonkan berkat selawat 149, selawat Sheikh Ahmad Badawi, ayat 33 dan lain-lain daripada Mu.Aku memohon dimakbulkan daripada Mu Ya Allah) Kemudian disusuli dengan niat yang dihajatkan.

HARGA : RM 10.00 / 1.5 liter
*** Agen diperlukan

Diedarkan oleh :
KOHALAL
NO. 10, JALAN MEDAN GOPENG 3,
MEDAN GOPENG,
13150 IPOH
PERAK.
TEL : 05-313 1310 / 05- 313 1760 / 05-313 6761
FAKS : 05-311 2249
www.kohalal.com :: ekohalal@yahoo.com
Hubungi :
Ustaz Kamal (013-446 3553)
En. Junus Bin Mahamood ( 019-558 9582)

Berikut merupakan fadhilat Selawat 149, Selawat Sheikh Ahmad Badawi dan Ayat 33.

Faedah selawat 149
Bermula selawat ini amat besar fadhilatnya dan banyak khasiatnya didunia dan diakhirat. Sabda Nabi SAW : Banyakkan olehmu membaca selawat atasku pada hari jumaat. Barangsiapa selawat keatasku sekali maka menselawatkan Allah keatasnya sepuluh kali dan barangsiapa selawat ke atasku sepuluh kali maka menselawatkan Allah keatasnya seratus kali dan barangsiapa selawat keatasku seratus kali maka menselawatkan Allah keatasnya seribu kali dan barangsiapa selawat keatasku seribu kali lepaslah ia dari neraka dan ditetapkan kehidupannya dan tatkala ditanya munkar wa nakir pun dipelihara akan dia oleh Allah Taala dan tatkala mati ia beberapa roh diturunkan oleh Allah Taala dan tatkala lalu atas Sirotul Mustaqim kira-kira 500 tahun perjalanannya itu pun dengan sekejap mata jua dan diberi Allah akan dia rezeki dalam dunia tiada berputusan dan barangsiapa lazim membaca selawat ini dilepaskan dia oleh Allah Taala daripada sekelian penyakit daripada bala yang besar-besar dan sebarang pekerjaan pun dimudahkan Allah dengan berkat selawat ini dan sekelian raja-raja, menteri-menteri, dan orang-orang besar pun kasih sayang akan dia.

Barangsiapa hendak masuk perang maka hendaklah dipakaikannya selawat ini dijadikan azimat pada kepalanya nescaya dilepaskan Allah Taala daripada bahaya senjata dan sekelian manusia dan seteru takut dan hebat akan dia dan gementar mendengarkan suaranya dan jin dan syaitan dan binatang buas pun takut akan dia dan barangsiapa dapat kesusahan yang besar-besar hendaklah ia membaca selawat ini nescaya dilepaskan dia oleh Allah daripada kesusahan itu. Dengan berkat selawat ini dan citra daripada Ahmad Ibnu Ali pada kitab “Fadho Ilil Anwar” pada bicaranya selawat atas nabi yang mukhtar (terpilih) bahawasanya barangsiapa yang hendak bertemu dengan Rasulullah maka hendaklah ia sembahyang hajat dua rakaat pada malam jumaat atau malam khamis serta merendahkan diri kepada Allah Taala dan membaca ia akan selawat ini serta dengan ikhlas hati lalu ia tidur InsyaAllah mimpi bertemu dengan Rasulullah SAW .Dan tatkala berpindah ia daripada dunia kepada akhirat maka menyuruh Allah Taala akan malaikat yang muqorrobin turun kepada jenazahnya serta jibrail dan beberapa malaikat membawa pakaian syurga kepada orang yang membaca selawat ini atau menaruh akan dia.

Dan telah citra daripada Abdul Ghafur adalah seorang nama Abdullah Asy’ari ia hendak pergi ke Mekah maka ditakdirkan Allah dicuri akan hartanya habis maka isterinya sangatlah menangis daripada percintaan akan hartanya itu maka berkata Abdullah Asy’ari apalah kamu menangis sudah di qada Allah atas hambanya. Maka tiada ia sabar daripada tangisannya maka Abdullah Asy’ari pun mengambil air sembahyang maka masuk ia pada satu khalwat (bersendirian) dan berkata ia kepada anak dan isterinya “jangan kamu panggil akan daku” dan ditutup akan pintunya lalu ia sembahyang hajat dua rakaat. Kemudian membaca ia akan selawat ini dengan tiada dimakan minum hingga sampai tujuh hari tujuh malam tiada berhenti dan tiada tidur.
Maka dengan takdir Allah jatuhlah satu permata intan yang terlalu indah cahayanya maka ia pun ambillah intan itu lalu dibawa kepada seorang saudagar dan berkata ia belilah tuan hamba akan permata intan ini maka berkata saudagar itu tiada ada harganya pada hamba maka katanya ambillah kepada tuan hamba beri akan harganya hingga cukup hamba belanja pergi haji. Maka diberi oleh saudagar itu akan dia 19,000 dinar emas maka ia pun pergi haji membawa sekelian anak-anak dan isterinya (dan kata) Mas’ud adalah hamba tatkala dibawa oleh baginda Umar RA pergi berperang ke negeri Qoswan (Mesir) telah dapat negeri itu kepada baginda Umar. Maka menyuruh ia akan anaknya Abu Samah menghantarkan surat ke Madinah mengatakan sudah dapat negeri Qoswan (Mesir) itu maka hamba pun hendak pergi bersama-sama dengan Abu Samah maka tiba-tiba hamba pun sakit kepala tiada jadi pergi maka Abu Samah lepas sembahyang subuh berjalanlah ia kemudian kira-kira waktu zohor hamba pun sihat daripada sakit itu.

Maka esok hari pada waktu subuh hamba pun mengikut Abu Samah dengan seorang diri maka bertemu hamba dengan tentera kafir maka memukul mereka itu akan hamba. Maka tiada hamba merasai sakit dengan berkat ada selawat ini pada ikat pinggang hamba maka beberapa kali pukulnya tiada sakit dan tiada luka. Dengan cemeti kuda lalu dirantai akan hamba pada malam maka hamba membaca selawat ini. Maka hendak mengambil mereka itu akan tali selawat pada pinggang hamba dan dilihatnya akan selawat itu lalu dipukul pula akan hamba dan tiada diberi makan dan tiada diberi minum akan hamba kira-kira ada 13 hari.
Maka hamba pun tiada berhenti membaca selawat ini tiba-tiba ada waktu tengah malam maka hamba lihat akan seorang naik kuda dan tiada ia membawa api akan tetapinya terlalu amat terang dihadapannya itu terlebih daripada cahaya matahari dan pakaiannya terlalu amat putih.

Maka hamba pun memberi salam kepadanya lalu disahutnya akan selama hamba dan dipatahkan akan rantai pada tubuh hamba lalu diangkatkan hamba keatas kuda yang diambil oleh askat kafir itu lalu dibawanya mengikut jalan ke Madinah. Maka apabila jauhlah daripada askar kafir itu ia pun ghaiblah daripada mata hamba serta katanya banyakkan olehmu membaca selawat ini maka cahayanya yang menerang itu pun hilanglah. Maka hamba pun memacu kuda ke Madinah maka hamba citra segala ehwal yang tersebut itu kepada sekelian ulama’. Maka sangat ajaib mereka itu daripada kebesaran selawat ini maka barangsiapa berada dalam kesakitan maka hendaklah ia membanyakkan membaca selawat ini dan barangsiapa masuk kepada sesuatu negeri itu suatu tempat yang tiada pernah ia pergi maka hendaklah ia membaca akan selawat ini sembilan kali nescaya dia dikasihi oleh sekelian orang yang didalam negeri itu daripada raja-raja dan menteri-menteri dan orang besar-besar dan lainnya.

Dan jika dibaca akan dia pada mata baginda yang hendak dijual nescaya dibeli orang akan dia dan jika ada pada satu tempat itu jin atau hantu syaitan maka dibaca selawat ini tiga kali pada tempat itu nescaya berpindah lari ia daripada tempat itu. Dan jika hendak naik rumah baru atau perahu maka dibaca selawat ini keliling rumah atau perahu itu tujuh kali nescaya tiada dapat dicuri barang yang didalamnya dan tiada dapat seteru buat khianat kepada orang yang didalamnya. Dan jika dibaca tujuh puluh kali lepas sembahyang hajat pada malam jumaat nescaya diberi Allah Taala akan dia kaya dengan harta dan barangsiapa membaca akan dia tujuh kali pada air telaga pada malam jumaat barangsiapa minum daripada air itu nescaya takut akan dia dan mendengarkan perkataan dan mrngikut akan perintahnya dan lembutlah hati yang keras InsyaAllah Taala .Dan jika hendak menghafazkan Quran maka disuruh akan selawat ini dengan air mawar dan anabar dan kasturi pada mangkuk sabun pada hari jumaat dibasuh dengan air mawar diminum akan dia sampai 40 hari jumaat nescaya hafaz ia akan Quran dan teranglah hatinya InsyaAllah Taala dengan berkat selawat ini. Dan jika dusuruh selawat ini ditanam empat penjuru kota nescaya dipelihara akan kota itu oleh tuan hamba maka disuruh oleh tuan hamba kepada jin Islam menunggu kota itu. Maka tiada dapat seteru hendak buat khianat dan dilontarkan mereka itu oleh jin itu dengan batu dan barangsipa berniat hendak buat khianat kepada orang yang mengekalkan membaca selawat ini nescaya dibinasa akan dia oleh Allah Taala. Wallahua’lam.
Fadhilat selawat Sheikh Ahmad Badawi
Ini selawat Saidi Ahmad Albadawi yang amat besar fadhilatnya dan banyak khasiatnya telah menyebut oleh kebanyakan orang yang arifin bahawasanya selawat ini sebab bagi menghasilkan anwar dan membukakan asrar (rahsia) pada hati dan memudahkan rezeki yang zahir iaitu rezeki badan dan rezeki yang batin iaitu ilmu dan makrifat dan nenolong melepaskan daripada nafsu syaitan dan seteru dan telah menyebut mereka itu bahawasanya membaca selawat ini tiga kali menyamai membaca selawat “Dalailul Khairat” sekali khatam dan barangsiapa mengkali membaca akan dia tiga kali tiap-tiap lepas sembahyang maghrib dan isyak tiap-tiap hari nescaya melihat akan asrar (rahsia) yang banyak.

Ini selawat Syeikh Ahmad badawi banyak fadhilatnya telah menyebut kebanyakan daripada orang yang arifin bahawasanya selawat ini telah mujarab bagi menunaikan segala hajat dan menghilangkan dukacita dan menolak segala bahaya dan seteru dan menghasilkan segala anwar dan asrar (rahsia) dibacakan dia tiap-tiap hari 100 kali atau 40 kali.
Fadhilat selawat 33
InsyaAllah dapat berlindung daripada segala bahaya dan bala, dukacita dan beberapa rahsia bagi menyembuhkan segala penyakit, terpelihara diri, harta benda dan ahli, anak buah, sahabat-sahabat dan jemaah dan beberapa rahsia yang mendapatkan kemudahan dunia dan akhirat dan ini Tuan Sheikh Yusufkunali suka membaca akan ia menjadikan amalan selama-lamanya, dan dimana murid yang mengambil ijazah daripadanya mencapai akan kemudahan, kelebihan yang banyak dengan izin-Nya.

Wednesday, July 8, 2009

Kehadrat Allah swt

assalamualaikum..

pertama sekali ucapan syukur kepada pencipta yang menjadikan diri ini,ku ucap syukur kepadaNya dan selama2 syukur tetapku panjatkan,segala nikmat yang banyk yang tidak terhitung,terutama nikmat islam dan iman,alhmdulillah ana msih diberi pinjam nyawa untuk terus bernafas dalam dunia ini,dan tidak ana lupakan kawan2 seperjuangan yang banyak memberi ilmu kepada ana terutama yang telah mengenali ana,,, kepada saudara2 islam yg lain yg bnyak menasihati ana ,ampun maaf andai selama kita bergelar sahabat ada hatimu terguris tanpa ana sedari,dan ribuan terima ksih buat sahabat2 yang lain,yang byk memberi pendapat yg bermanfaat meskipun de pendapat yang sangat berbeza,moga2 sahabat2 ana dpt hidayah dan dpt memahami islam dengan menyeluruh,alhamdulillah islam terus bersinar dan insyAllah akan terus bersinar ditanah air ini,ingatlah teman seperjuanganku,kita ini adalah pewaris agama dan bangsa yang akan mempertahankan islam yang sebenar,berjuanglah selagi kita bergelar islam,MeNgeMis CinTa ILLAHIPeRiNdU sYaHid SeJaTimoga2 segala kesusahn dalam menempuhi dunia yang mencabar iniakan diberi balasan yang setimpal untuk kebaikan dan juga untuk kejahatan,doa2kanlah agar ana dan antum semua akan tetap dalam redha Allah yang sebenar Akhir kata salam perjuangan dan islam tidak pernah mengenal erti kekalahan..sekali ana minta maaf kerana ana telah buang gambar ana..ana fikir tidak berapa elok untuk dipertontonkan walaupun bertudung..maafkan ana
doakan ana kemana ana berada
wssalam...

Masuklah Dengan Bismillah Dan Salam Yang Mulia,

" Saya adalah pengembara yg mencari kebenaran. Saya adalah manusia yg mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yg impikan sebuah negara yg dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bwh naungan Islam yg murni."" Saya hanyalah ibarat seorang yg memahami rahsia hidupnya. Sembahyangku, ibadatku,hidupku dan matiku hanya utk ALLAH tuhan sekalian alam, tiada yg mempersekutui NYA. Inilah yg diperintahkan kpd saya dan saya salah seorang yg menyerahkan diri."~Assyahid Imam Hasan Al- Banna~

Tuesday, July 7, 2009

Doa Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat

"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapatmenghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamuayang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinanyang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dankekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kamidan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglahkami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikanbencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaansebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Danjanganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balasterhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."
"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkaudan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiapyang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhankami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohonpertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkandiri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilahkelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."
"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun,selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atausiang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagikami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaankesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hambaengkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkauwahai tuhan yang maha pemurah."
"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kamisebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkanmereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untukNabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supayaberpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkanpakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkanpendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, WahaiTuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkauberkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."
"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami NabiMuhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikanpenawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagipandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dankesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Surah Al-Ash

Bismillahirrahmanirrahim...

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)

“Demi waktu. Sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian..Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh..Dan yg berpesan-pesan dengan kebenaran..Dan yang berpesan-pesan dengan Kesabaran”.(Surah Al-Asr

The Al-Quran talk

THE QU'RAN A Book that is full of answers,A Book that makes you cry.A Book that makes you notice,How much harder you can try.A Book that makes you realize,What true love really is...A Book that gives you direction,for all of life's tough biz.A Book that gives you hope,that Someone somewhere's watching over you.A Book that helps you out,Through all the times your blue.A Book that was revealed to our beloved Prophet(SAWS),over a period of 23 yearsOnce you put faith into this Book,You can handle worldly fears.A gift sent down from Heaven,A treasure from above,Written proof that shows usHow blessed we are with Allah(SWT's) love!

Surah Al-Hujaraat

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

al-hujuraat [11]

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

al-hujuraat [12]